Sama seperti aMaNz.mY yang menyambut ulang-tahun ke-4 tempoh hari, blog yang penuh dengan informasi-informasi menarik dan terkini, InfoMalaya bakal menyambut ulang-tahun ke-3 mereka pada 1 Ogos 2009. Menariknya, InfoMalaya adalah blog multi-author (lebih dari satu penulis) yang boleh dikatakan pertama di Malaysia.
Bagi yang masih tidak mengenali InfoMalaya, ianya adalah sebuah blog yang berkisar tentang perkara-perkara menarik di dalam internet, atau di sekeliling kita, berbentuk ilmiah dan menduga pemikiran kritis dan kreatif para pembacanya. Ianya dimulakan pada tahun 2006 oleh dua anak muda, Huzairy dan Yazid. Blog yang pada mulanya di kemaskini oleh mereka berdua, kemudiannya bekerjasama bersama beberapa orang penulis blog, membentuk HappyPeopleMedia (kini dikenali sebagai DataKluster). Walaubagaimanapun, atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, InfoMalaya keluar daripada rangkaian tersebut, dan mencari haluan sendiri.
Kini, InfoMalaya mempunyai 8 orang penulis yang menyumbangkan idea dan maklumat terkini melalui blog InfoMalaya. Mereka juga bergiat aktif dalam pembangunan laman-laman yang berguna untuk masyarakat Malaysia, seperti Blogtitude CSSMalaya, FeedMalaya, dan MentariWorks. Terkini, mereka dalam proses memperkenalkan CSS Framework khas untuk para pengguna tempatan.