Carian
Hantar Emel Pada GMail Dengan SMTP Server Anda
July 31, 2009 Aman

Pernahkah anda menerima emel daripada sesiapa yang tertulis “On Behalf”? Jika ya, maknanya, emel tersebut dihantar menggunakan GMail, yang mana penggunanya menambah alamat emel tambahan pada akaun mereka. Kini, GMail membolehkan anda memadamkan perkataan “On Behalf” pada emel yang dihantar oleh mereka.

GMail - Lama
Cara Emel Tambahan DiUruskan Dahulu

GMail - Baru
Cara Emel Tambahan Di Uruskan Kini

Sekiranya anda salah seorang pengguna yang menambah emel tambahan pada akaun anda, anda kini boleh mengelakkan emel yang dihantar menggunakan perkataan “On Behalf”. Apa yang anda perlu lakukan, adalah untuk menambah akaun emel tambahan anda dengan mailserver-nya tersendiri dan tidak lagi menggunakan mailserver Google.

Anda hanya perlu ke tab Accounts pada Settings GMail anda, dan seterusnya klik pada “Send Mail As”. Tambah info-info yang diperlukan, dan anda sudah boleh mula menghantarkan emel menggunakan server SMTP anda sendiri. Kini, anda tidak lagi perlu membuatkan penerima emel anda pening lagi dengan perkataan “On Behalf”.

Komen