Windows 7 Beta Tamat Tempoh Hari Ini

Windows 7 Beta Tamat Tempoh Hari Ini

Diterbitkan pada Ogos 1, 2009 oleh .

Seperti yang sedia maklum, hari ini merupakan hari terakhir Windows 7 Beta dapat digunakan, dan para penggunanya menggunakan sistem operasi yang lain, atau diminta untuk mengemaskini sistem operasi mereka ke versi Windows 7 RC yang boleh digunakan sehingga Mac tahun hadapan.

Windows 7 Beta Tamat Tempoh
Mesej Yang Mula Di Paparkan Setiap Sejam Sejak Pertengahan Bulan Julai

Windows 7 Beta mula diberikan secara percuma kepada para penggunanya sejak 9 Januari 2009, dan hari ini ianya sudah hampir 7 bulan Windows 7 Beta hidup. Sejak bulan Julai tempoh hari, Windows 7 Beta mula restart setiap dua jam sekali. Bagi sesiapa yang menggunakan Windows 7 Beta, anda diminta untuk membuat salinan fail-fail penting dan simpannya di tempat yang selamat.. Anda juga masih boleh memuat-turun Windows 7 RC sehingga pertengahan bulan Ogos ini

Windows 7 versi penuh kelak bakal berada di pasaran mulai 22 Oktober, dan bakal membolehkan para pengguna yang menggunakan Windows 7 RC mengemas-kini ke versi penuh dengan mudah.


TIPS & ULASAN