Cari @ Amanz

Setelah sekian lama, Malaysia akan mendapat TV Web pertama yang bakal memfokuskan kepada topik Budaya Web dan Usahawan di Malaysia. TV Web yang dikenali sebagai IdeaBuzz ini, bakal dilancarkan secara rasminya pada 10 Ogos ini.

IdeaBuzz dimulakan oleh Syed Syahrul Zarizi yang mana dulunya pernah menyediakan senarai 70 Web Popular di Malaysia, disamping membangunkan laman web Sireh dan Cengkeh yang memfokuskan seni, teknologi, dan bisnes.

Buat masa ini, IdeaBuzz dirancang akan dibahagikan kepada empat segmen, iaitu temuramah, ulasan, tutorial dan juga laporan acara. Melalui segmen temuramah, IdeaBuzz bakal menemu-ramah CEO atau pemilik perniagaan atau web-web terkemuka.

IdeaBuzz juga akan memperkenalkan perkhidmatan ulasan secara percuma, yang mana pemilik produk hanya perlu menghantar produk mereka kepada IdeaBuzz, dan pasukan IdeaBuzz akan melakukan ulasan produk sejujur mungkin. IdeaBuzz juga merancang untuk membuat laporan daripada beberapa aktiviti setempat yang menarik, selain menyediakan beberapa tutorial-tutorial menarik untuk dikongsi bersama-sama dengan pengguna internet yang lain.

IdeaBuzz bakal dilancarkan secara rasmi pada 10 Ogos 2009 bersempena dengan bulan kemerdekaan kita.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd