Cari @ Amanz

Semalam baru sahaja Aman menulis artikel berkenaan dengan InfoMalaya, dan hari ini, para peminat InfoMalaya gempar apabila secara tiba-tiba dikejutkan dengan penutupan laman tersebut secara tiba-tiba. Masih tiada sebarang berita lanjut berkenaan dengan penutupan secara tiba-tiba ini, selain daripada beberapa tweet dari pemiliknya, Bat.

InfoMalaya Tamat?
Mesej Yang Di Paparkan Di InfoMalaya

Berikut merupakan mesej yang dipaparkan di laman mereka bermula malam ini.

Setelah 3 tahun berada di persada internet, mungkin inilah masa untuk blog ini mengundurkan diri. Terima kasih kepada para penulis yang telah bersusah payah tanpa mengharapkan bayaran dan ucapan terima kasih pun selama mereka berada di sini.

Kepada Azraai, Arynet, Junaidix, Awqi_zar, Affuan, IrfanJani dan MK, maaf dipinta atas tindakan yang terburu-buru ini. Ribuan terima kasih diucapkan kerana sanggup menghulurkan tangan untuk memajukan InfoMalaya. Cuma, buat masa sekarang, eloklah kita tumpukan perhatian pada kerjaya masing-masing dahulu. Sampai satu masa yang sesuai, InsyaAllah kita akan bangun kembali.

Sampai bertemu lagi, InsyaAllah… — Mohd Huzairy aka Bat InfoMalaya

InfoMalaya telah berada di persada internet selama tiga tahun sejak daripada tahun 2006 lagi, dan ianya adalah antara blog bebas iklan yang mempunyai ramai penyumbang artikel. Suatu tindakan drastik daripada pemiliknya, yang mana mungkin beliau mempunyai pelan dan harapan yang masih belum diketahui lagi buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd