Cari @ Amanz

Tajuk sekadar menarik perhatian sahaja. Sebenarnya, laman Negaraku kini menghadapi masalah untuk diakses, kerana ketika melakukan salinan backup pangkalan datanya, secara tidak sengaja, pentadbir laman tersebut telah terpadam salah satu pangkalan data. Mungkin ianya akan mengambil masa beberapa minggu untuk Negaraku kembali beroperasi seperti sebelumnya.

Negaraku Ketika Beroperasi
Negaraku Ketika Beroperasi Dahulu

Bagi yang tidak ketahui akan laman Negaraku, ianya merupakan salah satu laman bookmark tempatan, yang mana membolehkan para pengguna berkongsi artikel menarik, selain membolehkan pembaca mengundi sesuatu artikel yang dianggap oleh mereka sebagai menarik. Ianya lebih kurang seperti Digg, tetapi lebih ditujukan kepada para pengguna Malaysia.

Pentadbir Negaraku juga kini meminta para penggunanya yang telah mengaktifkan plugin WordPress pada blog mereka, supaya menyah-aktifkannya buat sementara waktu. Negaraku bakal kembali semula dalam masa beberapa minggu dengan beberapa perubahan. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd