Fungsi Tab Preview Pada Firefox 3.6

Fungsi Tab Preview Pada Firefox 3.6

Diterbitkan pada Ogos 4, 2009 oleh .

Selepas pelepasan Mozilla 3.5 tempoh hari, kini Mozilla berusaha keras untuk versi seterusnya pelayar web sumber terbuka mereka, Firefox 3.6. Sekiranya sebelum ini mereka memperkenalkan fungsi-fungsi seperti about:me, dan pembahagian proses mengikut tab, kini mereka membawakan fungsi Tab Preview.

Firefox Tab Preview
Fungsi Tab Preview Pada Firefox 3.6

Ianya pada mulanya dirancangkan untuk versi 3.0, dan kemudian dirancang untuk versi 3.5. Namun begitu, kini fungsi tersebut mula kelihatan pada versi pembangunan terkini Firefox 3.6. Dengan menggunakan Firefox 3.6 versi pembangunan, anda boleh menggunakan fungsi Ctrl + Tab untuk melihat Tab Preview yang diperlihatkan dengan menarik sekali berbanding pada versi 3.5.

Tab Preview memperlihatkan enam tab terakhir yang anda layari, selain memberikan pilihan untuk melihat semua tab. Selain daripada fungsi tab preview, Firefox 3.6 juga bakal memperlihatkan fungsi about:me. Firefox juga telah memperlihatkan rekabentuk baru pelayar web mereka untuk versi Firefox 4.0 baru-baru ini.


TIPS & ULASAN