Kini Lebih 20,000 Tema Personas Untuk Firefox

Kini Lebih 20,000 Tema Personas Untuk Firefox

Diterbitkan pada Ogos 4, 2009 oleh .

Semalam baru aMaNz menulis berkenaan Google yang kini dalam proses memperkenalkan direktori khas untuk koleksi tema Chrome, dan menariknya, hari ini, Mozilla mengumumkan bahawa kini sudah terdapat lebih 20,000 rekabentuk tema untuk Firefox melalui penggunaan Personas, salah satu projek Mozilla Labs.

Mozilla Personas
Mozilla Personas

Menurut Mozilla, lebih kurang sepuluh minggu yang lalu, Personas menerima rekabentuk tema yang ke 10,000, dan kini bilangannya telah menjadi dua kali ganda. Bagi yang tidak mengetahui akan Personas, ianya merupakan salah satu plugin Firefox yang membolehkan para pengguna mengubah antaramuka pelayar web mereka dengan mudah. Lebih tujuh juta pengguna sudah memuat-turun dan menggunakan add-on Personas pada pelayar web mereka, dan bilangan itu terus meningkat dari masa ke semasa.

Selain daripada Personas, anda juga boleh membangunkan tema khas untuk Firefox. Namun begitu, prosesnya amat sukar, dan memerlukan pengetahuan tambahan. Melalui Personas, ianya memudahkan proses anda membuat tema baru untuk Firefox, iaitu dengan hanya memilih imej untuk tema anda, satu untuk bahagia header, dan satu lagi untuk bahagian footer.


TIPS & ULASAN