Laman Web Peribadi Rosmah Pada Domain PMO

Laman Web Peribadi Rosmah Pada Domain PMO

Diterbitkan pada Ogos 4, 2009 oleh .

Isteri Perdana Menteri kita, Datin Rosmah Mansor hari ini telah melancarkan laman web peribadinya, yang mana menumpang alamat laman web Pejabar Perdana Menteri, sebagai usaha menangkis paparan negatif terhadap beliau di alam maya ini. Selain laman web, akaun Twitter @DatinRosmah juga telah didaftarkan.

Datin Rosmah
Antaramuka Laman Datin Rosmah Mansor

Melalui laman web tersebut, beliau mengumpulkan senarai aktiviti terkini yang disertai beliau, disamping memperlihatkan beberapa persatuan dan badan yang disertai beliau. Walaupun MalaysiKini melaporkan bahawa para pengguna boleh mengakses laman web lain pembabitan sosial Datin Rosmah, malangnya, tiada sebarang pautan pun disediakan untuk diakses daripada laman web beliau.

Penggunaan alamat laman web Pejabat Perdana Menteri adalah dianggap kurang bersesuaian oleh saya secara peribadi. Nama domain DatinRosmah.com boleh dimiliki dengan harga kurang daripada RM35 sahaja, atau jika ianya mahal, beliau boleh dapatkan nama domain Rosmah.Name.My pada harga kurang RM1. Malah rasanya mungkin ramai yang sanggup menaja nama domain dan hosting untuk beliau. Selain itu, akaun Twitter yang didaftarkan masih kosong lagi, dan berharap beliau akan mula bertweet bersama rakyat sama seperti yang dilakukan oleh @KhairyJamaluddin, @AmanFirdaus dan beberapa orang yang lain dan tidak menggunakan TwitterFeed atau hanya memperlihatkan diari harian beliau. Apa pun, selamat datang ke arena internet @DatinRosmah.

P.S: Awat tak suruh budak ICT UNiSEL tolong designkan? Hehe.


TIPS & ULASAN