Google Memperkenalkan Beta Baru Untuk Chrome

Google Memperkenalkan Beta Baru Untuk Chrome

Diterbitkan pada Ogos 6, 2009 oleh .

Hari ini, Google telah melepaskan beta baru untuk pelayar web Chrome-nya, yang mana membawakan lebih 30% peningkatan prestasi berbadning versi sebelumnya. Selain itu, beta terbaru ini juga membawakan beberapa fungsi baru yang membolehkan anda mengubahsuai antaramuka pelayar web anda.

Salah satu fungsi baru adalah fungsi New Tab pada Chrome. Kini anda boleh menyembunyikan thumbnail laman web yang anda tidak ingin lihat tetapi diperlihatkan di lapan thumbnail pada halaman New Tab. Anda juga boleh menambah thumbnail laman yang anda kehendaki dengan mudah. Kini, segala perkara di halaman New Tab boleh diubahsuai mengikut citarasa anda dengan mudah sekali.

Selain itu, beta terbaru ini juga membawakan Omnibox yang terkini. Omnibox membolehkan anda ke laman yang anda ingini dengan hanya beberapa taip-an papan kekunci sahaja. Melalui versi beta terkini ini, fungsi drop down pada Omnibox telah dipertingkatkan, yang mana memperlihatkan ikon untuk mengasingkan antara carian, bookmark, sejarah pelayaran dan sebagainya.

Tema Chrome
Contoh Penggunaan Tema Pada Chrome

Satu lagi fungsi terbaru pada beta yang terkini ini adalah fungsi tema pada Chrome. Kini, anda turut sama boleh mencuba tema Chrome pada pelayar web anda dengan mudah sekali. Buat masa ini, koleksi tema yang disediakan adalah yang amat ringkas. Dan berkemungkinan besar, tema yang lebih kompleks dan stabil akan diperkenalkan pada masa hadapan kelak.

Selain daripada itu, Chrome beta juga membawakan sokongan HTML5 selain membawakan kelajuan yang lebih pantas daripada sebelumnya. Untuk mencuba fungsi beta ini, anda hanya perlu melanggan ke saluran beta dan sudah boleh menggunakannya. Namun begitu, terdapat beberapa fungsi yang tidak stabil yang boleh menganggu pelayaran web anda.


TIPS & ULASAN