OpenOffice Bakal Memperkenalkan Antaramuka Baru

OpenOffice Bakal Memperkenalkan Antaramuka Baru

Diterbitkan pada Ogos 6, 2009 oleh .

Mungkin ramai yang menyukai antaramuka Ribbon yang mana digunakan pada Microsoft Office dan beberapa aplikasi pada Windows 7. Terkini, OpenOffice.org juga dalam perancangan untuk menggunakan antaramuka yang lebih kurang sama untuk aplikasi pejabat mereka.

Ooo Prototaip
Prototaip Antaramuka Baru [via]

Buat masa ini, pembangun Ooo sedang dalam fasa memperkenalkan antaramuka baru untuk perisian pejabat sumber terbuka itu. Ianya masih lagi dalam pembinaan, dan hanya prototaip sahaja diperlihatkan buat masa kini. Ianya masih lagi dalam bentuk kasar, dan masih dalam fasa percubaan. Berkemungkinan besar, aplikasi Ooo versi akhir nanti akan mempunyai antaramuka yang lebih menarik lagi. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN