Malaysia Ingin Memperkenalkan Tapisan Internet?

Malaysia Ingin Memperkenalkan Tapisan Internet?

Diterbitkan pada Ogos 6, 2009 oleh .

Reuters melaporkan hari ini, Malaysia, kini dalam perancangan untuk memperkenalkan tapisan Internet, sama seperti suatu projek yang ingin dilaksanakan di China pada suatu masa dahulu. Ura-ura ini katanya mula kedengaran sejak daripada perhimpunan yang diadakan tempoh hari di ibu negara, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, budaya internet di Malaysia telah mengubah tanggapan politik terhadap parti memerintah, yang mana digunakan oleh pembangkang kerana media massa utama dikawal sepenuhnya oleh kerajaan. Beberapa akta juga telah digunakan oleh kerajaan Malaysia untuk menahan blogger tanpa sebarang perbicaraan di bawah Akta ISA.

Seorang sumber yang tidak ingin dikenali memberitahu Reuters, bahawa kerajaan dalam perancangan untuk memperkenalkan tapisan Internet (Internet Filter), yang mana mungkin diimplementasikan pada akhir tahun ini, ataupun pada tahun hadapan. Selain daripada itu, sumber tersebut juga mengatakan bahawa lebih kurang 4 kumpulan telah menghantar tender untuk projek ini. Masih tiada sebarang komen rasmi daripada pihak kerajaan buat masa ini.

Sebelum ini, dikatakan bahawa Malaysia merancang untuk mengandakan penggunaan internet kepada lebih 50% menjelang hujung tahun ini, melalui projek Broadband yang baru. Selain daripada itu, kerajaan Selangor dan Kelantan juga masing-masing ingin memperkenalkan WiFi di negeri mereka dalam tahun akan datang.


TIPS & ULASAN