Laman Negaraku Kembali Beroperasi Semula

Laman Negaraku Kembali Beroperasi Semula

Diterbitkan pada Ogos 6, 2009 oleh .

Seperti yang sedia maklum, laman Negaraku tidak dapat diakses buat beberapa hari yang lepas, disebabkan sebuah kemalangan tidak sengaja yang berlaku ketika pentadbirnya menggodam pangkalan data Negaraku. Kini, laman Negaraku kembali beroperasi semula dengan slogan Sumber Berita Sosial Malaysia.

negaraku
Negaraku Kembali Dengan Rekabentuk Pligg Asas

Walaubagaimanapun, ianya masih lagi dalam peringkat pembangunan, dan kini menggunakan rekabentuk asas bagi Pligg. Mungkin pihak pentadbirnya sedang membina rekabentuk khas untuk Negaraku yang mungkin akan diperkenalkan dalam masa terdekat ini. Selain itu, saiz fail web laman utama Negaraku juga telah dikurangkan kepada lingkungan 100kb (tanpa kandungan), untuk membolehkan para pengguna mengaksesnya dengan lebih pantas daripada sebelumnya. Pengunaan kategori juga telah diperbaharui, dimana beberapa kategori telah disatukan, dan diperkenalkan dengan penggunaan nama baru.

Lagi satu perkara baru pada Negaraku adalah penggunaan bahasa. Kini, bahasa Melayu digunakan sebagai medium utama berbanding dengan bahasa Inggeris yang digunakan sebelum ini. Tetapi, sehingga kini tiada sebarang penggunaan bahasa Melayu yang dilihat pada laman tersebut, selain daripada slogannya sahaja. Logo dan kategori masih menggunakan bahasa Inggeris. Begitu juga pautan lain pada laman Negaraku.

Masalah spam yang pernah dihadapi juga seperti kembali semula. Banyak artikel yang kelihatan seperti spam sudah pun mula dihantar pada laman Negaraku sejak dari pada tengah hari tadi. Mungkin ini juga perlu diberi perhatian oleh pihak pentadbir Negaraku.

Walaubagaimanapun, ianya masih lagi dalam pembangunan. Sebelum ini, pihak pentadbir dan pembangunnya, NoktahHitam mengatakan berkemungkinan besar laman Negaraku akan kembali pada hari Isnin. Namun begitu, beliau berjaya mengembalikannya pada hari ini. Tahniah dan syabas buat beliau. Bagi yang masih ingin menyumbangkan idea untuk laman Negaraku, anda boleh menghantar mesej secara terus kepada NH ataupun, menggunakan halaman khas pada Google Docs.


TIPS & ULASAN