Cari @ Amanz

Twitter kini sudah tidak boleh diakses lebih kurang untuk sejam yang lepas, dan ramai penggunanya mula meluahkan perasaan pada Facebook. Laman carian Twitter masih boleh diakses buat masa ini, dan laman status Twitter sedang dikemaskini dengan status semasa Twitter.

Kejadian tidak boleh mengakses laman mikro-blogging paling popular itu menjadikan para penggunanya panik. Twitter telah menjadi antara medium penyebaran berita paling pantas buat masa kini, dan ramai yang bergantung padanya untuk mendapatkan seumber-sumber berita terkini.

Twitter mengatakan bahawa laman mereka kini menghadapi serangan DDos, dan mereka akan mengemaskini status mereka dari masa ke semasa. Masih tiada sebarang berita lanjut berkaitan dengannya. Selain daripada Twitter, beberapa pengguna juga menghadapi masalah untuk mengakses Facebook, walaupun ianya tidak memberi sebarang masalah untuk saya buat masa ini.

Kemaskini : Twitter sudah boleh diakses semula, walaupun masih sedang menghadapi serangan DDOS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd