Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan antaramuka yang baru tempoh hari, kini MalaysiaKini memperkenalkan fungsi komen pada lamannya. Kini, para pembaca boleh meninggalkan komen mereka berkenaan sesuatu artikel di laman MalaysiaKini. Walaubagaimanapun, anda perlulah menjadi ahli berdaftar terlebih dahulu.

MalaysiaKini
Fungsi Komen Pada MalaysiaKini [kredit]

Fungsi meninggalkan komen hanya diperkenalkan kepada para pengguna berdaftar, dan anda perlulah log masuk ke laman MalaysiaKini terlebih dahulu untuk meninggalkan komen. Komen yang panjang dan menarik juga akan terpilih untuk dipaparkan pada ruangan VoxPop di MalaysiaKini pada kemudian harinya.

MalaysiaKini memperkenalkan rekabentuk baru untuk laman mereka sempena dengan ulang-tahun mereka yang ke-10 yang bakal menjelang tiba. Buat masa ini, hanya halaman utam laman berkenaan masih menggunakan rekabentuk laman yang lama, sementara yang lainnya telah menerima perubahan. Mungkin dalam masa terdekat ini, mereka akan memperkenalkan rekabentuk laman utama mereka yang serba baru.

Terima kasih Kepada @icednyior [blog] untuk tips. Hantarkan tips berita teknologi anda kepada @AmanFirdaus.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd