Najib : Tiada Cadangan Untuk Menapis Internet

Najib : Tiada Cadangan Untuk Menapis Internet

Diterbitkan pada Ogos 7, 2009 oleh .

Datuk Seri Najib Razak hari ini menidakkan rancangan kerajaan untuk memperkenalkan tapisan internet, kerana ramai rakyat akan tidak puas hati, disamping halangan teknologi untuk melakukannya. “Kerajaan tiada sebarang rancangan untuk menapis internet” katanya Najib Razak.

Sebelum itu, Datuk Seri Rais Yatim telah mengesahkan kemungkinan rancangan tersebut dilakukan, seperti yang kedengaran semalam. Kata Najib, perkara ini perlu terlebih dahulu dibincangkan di Kabinet, tetapi sebelum ini mereka tidak pernah bercadang untuk menapis internet.

Salah satu sebab mengapa ianya tidak akan dilakukan adalah kerana ianya adalah kurang efektif, disamping akan mengakibatkan rakyat di era dunia ICT ini tidak berpuas hati. Najib juga mengatakan bahawa sebarang cadangan yang melibatkan kerajaan akan diputuskan oleh Kabinet.

Sebelum ini pihak pembangkang telah mengkritik kerajaan dengan mengatakan tapisan internet yang bakal diperkenalkan adalah atas dasar politik, manakala Rais Yatim mengatakan bahawa hanya laman-laman lucah sahaja akan ditapis, dan bukannya laman lain.

Ianya difahamkan, sebanyak 4 syarikat telah menghantar proposal untuk tapisan internet, yang mana keputusannya dijangka akan diketahui pada bulan Disember kelak. Sebelum ini, kerajaan telah mengatakan bahawa mereka tidak akan melakukan tapisan internet, selain negara-negara seperti Iran dan China yang pernah mencuba untuk melakukan tapisan dihujani krtikan dari pelbagai pihak.


TIPS & ULASAN