Mungkin umum sudah mengetahui akan cadangan Microsoft untuk memperkenalkan aplikasi pejabat-nya dalam bentuk dalam talian. Untuk menjadikannya realiti, kini mereka telah berjaya memiliki domain Office.com. Aplikasi pejabat Microsoft dalam talian ini masih lagi dalam peringkat pembangunan buat masa ini.
Selain daripada Bing, Windows 7 dan juga Office 2010, Microsoft juga dalam proses membangunkan aplikasi web pejabat untuk para penggunanya. Ianya masih lagi dalam ujian peringkat dalaman, dan dijangka akan dibuka untuk diuji oleh para pengguna biasa pada penghujung tahun ini.
Sebelum ini, Microsoft ada mengatakan yang mana aplikasi pejabat berasaskan web itu kelak adalah percuma dan didatangkan sebagai salah satu servis bagi pengguna Windows Live. Ianya juga boleh digunakan melalui pelayar web Mozilla Firefox dan Safari, selain Internet Explorer.
Selain Microsoft, Google telah lama menyediakan aplikasi pejabatnya dalam talian, yang dikenali sebagai Google Docs. Selain itu, anda juga boleh mencuba OpenOffice.org dalam talian, dan Zoho yang menyediakan fungsi seumpama Google Docs.