Carian
Firefox 3.6 Alpha 1 Di Tujukan Untuk Para Pembangun
August 8, 2009 Aman

Setelah kejayaan Firefox 3.5, kini pihak Mozilla telah pun mula menumpukan perhatian pada pembangunan versi seterusnya iaitu Firefox 3.6 yang juga dikenali sebagai Namoroka. Alpha pertama untuk Firefox 3.6 sudah pun boleh dimuat-turun dan dicuba oleh para pembangun dan pengguna yang berpengalaman.

Firefox 3.6 dibangunkan dengan menggunakan platform Gecko 1.9.2, dan pembangunan kali ini lebih ditumpukan kepada prestasi pelayar web, sokongan aplikasi web, integrasi bersama sistem dan juga kebolehan untuk mengubah tetapannya mengikut citarasa pengguna. Oleh kerana versi Alpha ini ditujukan kepada para pembangun, beberapa fungsi baru yang diintegrasikan kedalamnya adalah seperti sokongan geolokasi, sokongan beberapa kelas CSS3 yang baru, selain membawakan peningkatan kelajuan pada enjin TraceMonkey JavaScript.

Menariknya, tidak seperti dulu, yang mana mengambil masa yang agak lama bagi pembangunan versi baru, kini Mozilla mengatakan bahawa versi akhir Firefox 3.6 akan boleh digunakan dalam masa beberapa bulan sahaja lagi. Anda boleh membaca senarai perkara baru pada Firefox 3.6 Alpha 1 ini di laman rasmi mereka sementara menunggu muat-turun Firefox 3.6 Alpha 1 anda.

Komen