Setelah berehat untuk seketika, kini InfoMalaya kembali beraksi dengan tema yang serba baru dan ringkas, yang mana masih mengekalkan ciri-ciri rekabentuk lama InfoMalaya – Georgia dan warna jingga. Pautan komuniti juga kini diperlihatkan dengan lebih interaktif dan menarik.
Jika sebelum ini, InfoMalaya mengaplikasikan kedudukan bar tepi disebelah kiri, kini mereka cuba mengalihkannya ke sebelah kanan. Selain daripada itu, artikel di InfoMalaya kini dilesenkan dibawah akta Creative Commons sama seperti laman aMaNz ini. Anda juga boleh menyumbangkan artikel, atau berkongsi artikel menarik bersama yang lain dengan mudah kini. Cuma daftarkan diri anda, dan sumbangkan segala artikel dan info menarik bersama-sama pengguna yang lain.