Internet Explorer Bakal Menyokong Standard HTML 5

Internet Explorer Bakal Menyokong Standard HTML 5

Diterbitkan pada Ogos 9, 2009 oleh .

Sudah sekian lama Microsoft dikritik oleh pembangun dan pengguna kerana pelayar web miliknya – Internet Explorer yang mana dikatakan agak ketinggalan dalam menyokong beberapa perkara baru dalam pembangunan web. Untuk mengatasinya, kini Microsoft mengumumkan bahawa mereka kini sudah sedia menyokong HTML 5 pada Internet Explorer.

Buat masa ini, HTML 5 membawakan pelbagai fungsi terbaru dan menarik, yang mana mendapat sokongan daripada Google, Apple, Opera Software dan juga Mozilla. Sejak daripada Internet Explorer 7 dan 8, Microsoft memperlihatkan peningkatan yang bagus dalam pembangunan pelayar webnya. Walaubagaimanapun, pelayar web yang terkini dari mereka, Internet Explorer 8, masih tidak menyokong sepenuhnya HTML 5.

HTML 5 kini dikatakan sebagai masa depan baru untuk web, dengan membawa beberapa teknologi dan fungsi menarik dalam pembangunan web dan aplikasi web. Beberapa fungsi utama adalah penggunaan tag audio dan video, yang mana membolehkan para pengguna mengaplikasikan media dengan penggunaan JavaScript. Selain itu, fungsi geolokasi juga diperkenalkan melalui HTML 5, yang mana memudahkan pembangunan aplikasi web mudah alih.

Buat masa ini, masih tidak diketahui apakah elemen HTML 5 yang bakal diimplementasikan ke dalam Interenet Explorer, dan bila ianya akan diimplementasikan sepenuhnya. Ianya masih lagi dalam peringkat awal, dan mungkin akan diintegrasikan ke dalam pelayar web Internet Explorer dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN