Carian
Carian Masa Nyata Perlawanan Bola Sepak Di Google
August 9, 2009 Aman

Mungkin perkara ini sudah lama di perkenalkan oleh Google, namun saya masih ingin menulis mengenainya. Sekiranya sebelum ini, kita biasa menggunakan laman LiveScore untuk melihat keputusan perlawanan bola semasa, kini anda turut boleh melihat keputusan terkini perlawanan melalui carian Google.

Chelsea Man U
Carian Masa Nyata Di Google

Untuk melihat keputusan terkini sesuatu perlawanan yang sedang berlangsung, anda boleh memulakan carian dengan menaip nama pasukan yang sedang beraksi, atau menaip salah satu pasukan yang sedang beraksi, dan keputusan perlawanan semasa akan diperlihatkan oleh Google. Ianya sesuatu yang amat menarik pada Google jikalau dibandingkan dengan Bing dan juga Yahoo!.

Selain daripada itu, sekiranya pasukan tersebut tidak beraksi pada ketika itu, keputusan carian yang dipaparkan akan dipersembahkan seperti biasa. Menarik bukan?

P.S: Anda boleh ikuti berita semasa berkaitan Bola Sepak di MyBola.com

Komen