Nuffnang Memperkenalkan Rekabentuk Serba Baru

Nuffnang Memperkenalkan Rekabentuk Serba Baru

Diterbitkan pada Ogos 10, 2009 oleh .

Setelah lebih 2 tahun beroperasi, kini Nuffnang memperkenalkan rekabentuk laman yang serba baru. Sebelum ini, mereka telah melancarkan ChurpChurp, iaitu salah satu media pengiklanan Twitter. Nampaknya, kini Nuffnang sedang berkembang dengan pesat, dan mungkin mereka akan menyediakan sesuatu yang baru kepada para pengguna dalam masa terdekat ini.

Nuffnang 3.0

Rekabentuk baru ini kelihatan amat menarik sekali. Tetapi, ianya agak berat dan mengambil sedikit masa untuk membuka laman itu sepenuhnya. Kini pada laman utama, merek memperlihatkan para pengiklan di laman merea yang digerakkan dengan menarik, selain memperlihatkan artikel dari blog mereka yang diputarkan secara automatik.

Selain daripada itu, pada bahagian bawahnya pula, mereka memperlihatkan blogger dan pengiklan pilihan sepanjang bulan, selain memperlihatkan entri popular daripada Innit. Rekabentuk baru ini diperkenalkan sebagai Nuffnang 3.0, menandakan ianya sudah tiga kali Nuffnang berubah wajah.


TIPS & ULASAN