Cari @ Amanz

Hari ini, Facebook telah memiliki laman sosial terkemuka FriendFeed. FriendFeed membawakan pelbagai jenis inovasi sebagai laman sosial sejak ianya dimulakan pada tahun 2007. Ianya dikatakan, FriendFeed menjadi milik Facebook pada harga $50 juta sahaja.

FriendFeed dan Facebook
FriendFeed Kini Milik Facebook

FriendFeed membolehkan anda mendapat kemaskini secara masa-nyata daripada pelbagai laman web dan media sosial. Ianya berkerja seperti sebuah laman aggregator, yang mana FriendFeed mengumpulkan koleksi data-data terkini dari beberapa laman sosial terkemuka seperti Twitter, Facebook, Flickr, YouTube, laman bookmark sosial, laman blog dan web melalui RSS dan ATOM, dan banyak lagi.

Facebook kini telah memiliki FriendFeed, dan mereka telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan menutup servis tersebut, tetapi akan biarkan ianya bergerak seperti biasa. Tujuan utama Facebook membeli FriendFeed adalah untuk memiliki tenaga pekerjanya yang amat berwibawa (yang mana kebanyakkannya pernah bekerja dengan Google), selain ingin membawakan teknologi baru ke dalam Facebook.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd