Ubuntu Netbook Remix Membawakan Antaramuka Baru

Ubuntu Netbook Remix Membawakan Antaramuka Baru

Diterbitkan pada Ogos 11, 2009 oleh .

Buat masa ini, dua distro khas untuk netbook, Moblin dan Jolicloud terus berevolusi dari masa ke semasa membawakan antaramuka yang lebih menarik dan memudahkan pengguna. Hal ini telah membuka mata Canonical, dimana kini mereka turut sama membawakan antaramuka serba baru untuk Ubuntu Netbook Remix.

Ubuntu Netbook Remix
Antaramuka Serba Baru Ubuntu Netbook Remix [via]

Walaubagaimanapun, ianya masih lagi dalam proses percubaan, dan belum dikeluarkan kepada umum. Antaramuka yang serba baru ini adalah salah satu perkara baru dalam pembangunan Karmic Koala untuk Ubuntu Netbook Remix. Antaramuka baru ini adalah lebih ringkas dan tidak serabut seperti versi terdahulu.

Sekiranya anda ingin mencuba Ubuntu Netbook Remix yang serba baru ini, anda boleh memuat turun fail ISO-nya daripada laman rasmi Karmic Koala. Walaubagaimanapun, ianya masih lagi dalam versi alpha, dan mungkin terdapat masalah yang masih belum dikenal pasti lagi.


TIPS & ULASAN