Setelah mengeluarkan alpha pertama untuk Firefox 3.6 Namoroka, kini Mozilla telah memperlihatkan jadual pembangunan untuk pelayar web Firefox 3.6. Melalui jadual pembangunan yang diperlihatkan, kita dapat melihat yang mana Firefox 3.6 bakal menemui para pengguna sebulan selepas Windows 7 dikeluarkan.
Kini Lebih 20,000 Tema Firefox Melalui Personas
Pembangunan Namoroka akan difokuskan kepada dua perkara utama, iaitu prestasi dan juga kebolehan untuk diubahsuai mengikut citarasa pengguna. Melalui prestasi, Mozilla bakal mempertingkatkan kelajuan pelayar web tersebut, selain mengurangkan masa untuk membuka tab baru dan kadar respons yang dipertingkatkan. Mereka juga akan mengintegrasikan pelayar web mereka dengan projek Personas, selain mempertingkatkan prestasi autocomplete.
Berikut merupakan jadual pembangunan Namoroka:
- Alpha 1 – Awal bulan Ogos 2009
- Beta 1 – Awal bulan September 2009
- Beta 2 – Akhir bulan September 2009
- Release Candidate – Pertengahan atau penghujung bulan Oktober 2009
- Versi Akhir – Bulan November 2009
Melalui Alpha 1, Mozilla telah membawakan pelbagai perkara baru, yang mana kebanyakkannya ditujukan kepada para pembangun web. Ianya kini telah sedia untuk dimuat-turun dan diuji oleh para pengguna. Sama-sama kita ikuti perkembangan lanjut dalam pembangunan Mozilla Firefox 3.6 – Namoroka.