Tr.im Kembali Menyediakan Khidmat Kecilkan URL

Tr.im Kembali Menyediakan Khidmat Kecilkan URL

Diterbitkan pada Ogos 12, 2009 oleh .

Pada penghujung minggu lepas, Tr.im telah mengejutkan para penggunanya dengan pengumuman untuk berhenti menyediakan perkhidmatan mengecilkan URL. Namun begitu, setelah ramai pengguna Tr.im mendesak dan memujuk mereka untuk membuka servis tersebut, kini Tr.im membuka servis mereka kepada umum seperti biasa semula.

Tr.im

Tr.im sebelum ini mengumumkan pengumuman untuk berhenti menyediakan perkhidmatan mengecilkan URL, dengan memberi alasan yang mereka sukar untuk bersaing dengan penyedia pengecil URL rasmi Twitter – Bit.ly. Twitter baru-baru ini telah mengubah penyedia rasmi mereka daripada TinyURL kepada Bit.ly, sekaligus menguntungkan pihak Bit.ly secara tidak rasminya. Kini, Bit.ly menguasai lebih 70% URL yang dihantar melalui Twitter, manakala Tr.im hanya menguasai suatu pasaran yang amat kecil sahaja.

Namun begitu, atas desakan ramai para penggunanya, kini Tr.im dihidupkan semula oleh pemiliknya, dan para pengguna boleh menggunakan servis mereka seperti biasa semula. Pada masa yang sama, mereka juga sedang mencari pembeli untuk Tr.im.

Tr.im menyediakan khidmat mengecilkan URL yang mana membawakan URL yang amat pendek. Perkhidmatan seumpama mereka turut disediakan oleh Netizens Media, yang mana menggunakan URL Xs.My.


TIPS & ULASAN