Seperti yang sedia maklum, Microsoft bakal melancarkan perkhidmatan Office dalam talian. Baru-baru ini mereka juga telah memiliki nama domain Office.com. Namun begitu, Microsoft hanya akan menyokong pelayar web Internet Explorer, Firefox dan Safari sahaja untuk perkhidmatan dalam talian mereka itu.
Aplikasi Office Dalam Talian Daripada Microsoft [via]
Ianya masih tidak diketahui samaada laman web Office.com kelak akan menyokong pelayar web Chrome dan Opera ataupun tidak. Hal ini kerana, mereka hanya mengumumkan tiga nama pelayar web sahaja. Menurut Microsoft, Office Web yang bakal dilancarkan kelak akan disediakan secara percuma untuk para pengguna, dan tidak memerlukan sebarang plugin tambahan untuk digunakan. Namun begitu, sekiranya ingin menggunakan aplikasi web tersebut dengan kepantasan dan prestasi yang lebih bagus, Microsoft mencadangkan pengguna memasang Silverlight pada komputer mereka.
Buat masa sekarang, Office Web ini sedang diuji dalam peringkat dalaman, dan dijangka akan dibuka bagi para pengguna umum mengujinya pada akhir tahun ini kelak. Selain dari Office Web, anda juga boleh menggunakan Google Docs untuk pengurusan dokumen dalam talian.