Pembangunan Pelayar Chromium Mencecah Versi 4.0

Pembangunan Pelayar Chromium Mencecah Versi 4.0

Diterbitkan pada Ogos 12, 2009 oleh .

Pembangunan pelayar web daripada Google adalah antara pembangunan yang berlaku dengan amat pantas sekali. Mereka telah berjaya mencapai banyak perkara menarik, selain mengintegrasikan ciri-ciri dan fungsi baru dalam tempoh masa kurang setahun sahaja. Dan kini, Chromium 4.0 telah pun dibangunkan.

Chrome 4.0

Seperti sedia maklum, sebelum ini, Google telah pun melepaskan Chrome 3.0 Beta kepada umum. Melalui Chrome 3.0 Beta, google membawakan pelbagai fungsi baru, dan paling menariknya adalah fungsi sokongan tema pada Chrome. Terkini, melalui versi pembangunan Chromium, versi pembangunan terbarunya dilabelkan sebagai 4.0.202.0, yang mana menandakan ianya sudah pun mencapai versi 4.0.

Mungkin kita dapat melihat Google menyambut ulang-tahun Chrome dengan melepaskan Chrome 3.0 kepada para pengguna dan memperkenalkan Chrome 4.0 Dev pada para pembangun.


TIPS & ULASAN