Microsoft hari ini diarahkan oleh Hakim Mahkamah Texas supaya tidak lagi menjual Word kepada para pengguna disebabkan pelanggaran hak cipta. Perkara ini sudah tentu mengejutkan ramai pihak, lagi-lagi ketika ini yang mana Microsoft sedang dalam proses pembangunan Office 2010 yang dijangka akan dilepaskan pada tahun hadapan.
Keputusan tersebut diumumkan oleh Hakim Texas setelah mendapati Microsoft melanggar hak cipta yang mana difailkan oleh i4i Inc yang mana berkait rapat dengan kebolehan Word untuk membuka fail XML, DOCX atau .DOCM. Melalui keputusan mahkamah yang dikeluarkan, Microsoft diperintah supaya tidak lagi menjual, atau mengimport ke dalam US, produk-produk Word yang boleh membuka fail XML, DOCX, atau DOCM, yang mana melibatkan Microsoft Word 2003 dan Microsoft Word 2007.
Selain daripada itu, Microsoft juga diberikan tempoh masa 60 hari untuk mematuhi arahan Mahkamah, dan pada masa yang sama disuruh membayar pampasan ganti rugi sebanyak $290 juta untuk i4i Inc. Arahan Mahkamah ini adalah hanya untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja, dan bekemungkinan besar, Microsoft bakal membuat rayuan pendengaran kes semula dalam masa terdekat ini.