Facebook Lite Sebagai Pencabar Twitter?

Facebook Lite Sebagai Pencabar Twitter?

Diterbitkan pada Ogos 12, 2009 oleh .

Setelah membuat pembelian FriendFeed semalam, hari ini Facebook memperkenalkan lamannya versi ringan yang dikenali sebagai Facebook Lite buat masa ini. Hanya beberapa pengguna terpilih sahaja yang mendapat emel jemputan daripada Facebook untuk menyertai dan mencuba Facebook Lite buat masa ini.

Facebook Lite
Antaramuka Facebook Lite [via]

Dari screenshot yang kelihatan, Facebook Lite kelihatan seperti halaman Facebook yang diringkaskan dengan hanya memperlihatkan informasi asas seseorang, selain memperlihatkan kemaskini status semasa. Ianya kelihatan lebih kurang seperti servis Twitter.

Sebelum ini, Facebook telah mencuba untuk memiliki Twitter, namun usahanya gagal. Dan kini mereka telah memiliki FriendFeed yang mana menyediakan kemaskini laman sosial dalam masa-nyata. Ianya dikatakan Facebook Lite akan diperkenalkan untuk mereka yang mempunyai sambungan internet yang lemah, selain menyediakan halaman profail yang ringkas dan boleh dikongsi bersama rakan-rakan lain.


TIPS & ULASAN