Cari @ Amanz

MIMOS Mula Menguji WiWi (WiMax + WiFi)

Oleh Aman

Link Copied!

“Platform Teknologi WiWi yang dibangunkan oleh MIMOS Bhd, yang mana menawarkan hibrid antara penyelesaian WiFi dengan WiMAX pertama di dunia, dijangka membantu mempercepat sasaran penembusan jalur lebar Malaysia”, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Maximus Ongkili, pada khamis.

Buat masa ini, MIMOS telah bersetuju untuk bekerjasama dengan tiga pengendali WiMAX, iaitu REDtone International Bhd, Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd dan Asiaspace Sdn Bhd, dalam menggerakkan penggunaan dan memperkenalkan WiWi kepada para pengguna.

WiWi menyediakan penyelesaian tambahan bagi peserta WiMAX dan peserta industri lain, bagi memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan dan mengurangkan kos kepada orang ramai. WiWi juga menyediakan sambungan jalur lebar mampu langgan yang membolehkan beberapa pengguna memanfaatkan satu sambungan jalur lebar tunggal.

Dengan ini, ia bukan sahaja akan membantu negara menyediakan jalur lebar bagi penduduknya, malah juga membantu dalam merapatkan jurang digital, khususnya di kawasan-kawasan luar bandar dan pedalaman. Pada masa ini, Malaysia mempunyai lebih 16 juta pengguna Internet atau kadar penembusan Internet 63.8%.

Perangkaan menunjukkan bahawa meskipun kadar penembusan jalur lebar isi rumah kini berada pada 24%, semakin ramai orang di negara ini menerima pakai jalur lebar, hinggakan pada masa ini ia lebih dianggap sebagai keperluan daripada satu kemewahan.

Buat masa ini, REDtone telahpun menguji dan menggunakan WiWi melalui “router” khas yang diterima daripada MIMOS. Ianya dijangka akan diuji oleh lebih banyak badan lagi, sebelum ianya mula dikomersialkan. Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan ingin menambah penggunaan jalur lebar dikalangan para penduduka Malaysia sehingga lebih 50% menjelang tahun 2010.


Komen ()