Pembangunan Firefox 3.7 (Minefield) Sudah Di Mulakan

Pembangunan Firefox 3.7 (Minefield) Sudah Di Mulakan

Diterbitkan pada Ogos 15, 2009 oleh .

Bukan Google dan Chromium sahaja yang membangunkan aplikasi mereka dengan pantas, kini Mozilla juga mula membangunkan aplikasi mereka dengan lebih pantas daripada sebelumnya. Jika sebelumnya, ia mengambil masa berbulan untuk selesai membangunkan sesuatu versi, kini mulai Firefox 3.6 masa tersebut dikurangkan ke tahap minima. Selain daripada itu, Firefox 3.7 juga sedang dibangunkan pada masa yang sama.

Jika sebelum ini Mozilla memperlihatkan antaramuka baru untuk Firefox 3.7, kini mereka telah pun menawarkan Firefox 3.7 dengan nama kod Minefield. Anda sudah boleh memuat-turun dan mencuba Firefox 3.7 Alpha 1 yang mana ianya masih lagi dalam peringkat awal pembangunan. Masih tiada perubahan yang diperlihatkan pada antaramuka pelayar web tersebut, dan ini mungkin kerana ianya masih lagi terlalu awal, malah ianya baru peringkat alpha.

Sebelum ini, Mozilla telah melepaskan Firefox 3.6 Alpha 1 yang mana membawa pelbagai perubahan dan penambahan fungsi-fungsi menark bagi para pembangun web. Firefox 3.6 dijangka akan dilepaskan pada bulan November 2009 ini.


TIPS & ULASAN