Windows 7 Bakal Menyokong Sehingga 192 GB RAM

Windows 7 Bakal Menyokong Sehingga 192 GB RAM

Diterbitkan pada Ogos 15, 2009 oleh .

Pembangunan Windows 7 sudah pun mendekati peringkat akhir dengan pelepasan versi RTM tempoh hari. Kini, Microsoft mula mendedahkan beberapa perkara berkenaan dengan apa yang Windows 7 bakal menyokong kelak. Terkini, mereka memberitahu, Windows 7 bakal menyokong sehingga 192 GB RAM.

Sebelum ini, Vista hanya berupaya menyokong sehingga 128 GB RAM. Walaubagaimanapun, ini keupayaan RAM sebanyak ini hanya boleh disokong sekiranya anda menggunakan sistem 64-bit dan bukannya 32-bit. Sekiranya anda masih menggunakan sistem 32-bit, keupayaan maksimum yang disokong adalah 4GB RAM sahaja, sama seperti yang disokong pada Vista dan XP 32-bit.

Kini, dengan perkembangan teknologi yang memperkenalkan pelbagai perkara baru setiap hari, Microsoft mula memberikan perhatian sepenuhnya pada pembangunan sistem 64-bit. Beberapa ura-ura mengatakan bahawa Windows 7 bakal menjadi sistem operasi dari Microsoft yang menyokong sistem 32-bit. Windows 8 kelak dijangka akan dibangunkan khas untuk sistem 64-bit sahaja. Windows 7 bakal dilepaskan kepada umum pada 22 Oktober 2009 kelak.


TIPS & ULASAN