Carian
Ubahsuai Rekabentuk Halaman Profail FriendFeed Anda
August 17, 2009 Aman

Kini, anda boleh mengubah rekabentuk halaman profail FriendFeed anda mengikut citarasa anda sendiri, sama seperti Twitter. Kini, anda boleh memuat-naik gambar latar belakang yang disukai anda, selain mengubah warna teks dan pautan dengan mudah pada halaman profail anda.

FriendFeed
Pilihan Tema Yang DiSediakan Sebelum Ini

Sebelum ini, FriendFeed telah memperkenalkan beberapa bentuk tema untuk digunakan pada laman sosial mereka itu, dan kini dengan kebolehan untuk membuat tema, ianya makin menjadi laman yang interaktif. Mereka juga bercadang untuk memperkenalkan lebih fungsi menarik untuk membolehkan para pengguna mengubah-suai rekabentuk halaman FriendFeed mengikut citarasa mereka, dan ini merupakan langkah awal daripada FriendFeed.

FriendFeed minggu lepas telah dimiliki oleh Facebook untuk harga lebih kurang $50 juta, dan ianya masih tidak begitu nyata bagaimana FriendFeed akan beroperasi pada masa depan kelak, samaada ianya akan diintegrasikan bersama Facebook atau kekal menjadi laman FriendFeed.

Komen