RockMelt – Pelayar Web Khas Untuk Facebook?

RockMelt – Pelayar Web Khas Untuk Facebook?

Diterbitkan pada Ogos 17, 2009 oleh .

Tahun ini kita disajikan dengan pelbagai berita-berita berkaitan pelayar web seperti Firefox, Internet Explorer, Chrome, Safari dan Opera. Terkini, pembangun Netscape dikatakan sedang membiayai pembangunan pelayar web baru, yang dikenali sebagai RockMelt.

Buat masa ini, ianya masih lagi dalam peringkat rekabentuk lagi. Pembangunan pelayar web tersebut disertai oleh beberapa orang terkemuka seperti pembangun aplikasi Facebook untuk iPhone, pembangun Firefox dan juga diketuai oleh jurutera disebalik Netscape Navigator. Ianya masih tidak tahu lagi samaada pelayar web ini akan dibangunkan khas untuk Facebook ataupun bagaimana. Mungkin fungsinya kelak akan seperti pelayar web Flock, yang mana ditujukan khas untuk para peminat laman sosial.

Pada masa yang sama, beberapa ura-ura mengatakan, RockMelt juga bakal mempunyai khidmat memendekkan URL mereka tersendiri, yang dikenali sebagai Me.lt.


TIPS & ULASAN