Nokia Memperkenalkan Mini Laptop – Booklet 3G

Nokia Memperkenalkan Mini Laptop – Booklet 3G

Diterbitkan pada Ogos 24, 2009 oleh .

Sebelum ini kita sudah mendengar ura-ura mengatakan bahawa Nokia bakal menceburi pasaran laptop mini atau yang mana dikenali sebagai netbook. Hari ini, Nokia memperkenalkan Booklet 3G, yang mana merupakan laptop mini yang menggunakan prosessor Intel Atom, dan membawa sokongan 3G.

Nokia Booklet 3G

Buat masa ini, ianya dilihat bersama sistem operasi Windows 7, selain membawakan skrin sebesar 10.1 inch. Menariknya, Nokia Booklet 3G juga membawakan ruangan sim kad yang diintegrasikan bersama, memudahkan anda berhubung dengan yang lain melalui liputan 3G dengan mudah, tanpa perlu sebarang perkakasan tambahan. Selain daripada itu, laptop mini dari Nokia juga membawakan fungsi-fungsi yang menjadi kebiasaan laptop, seperti Bluetooth dan juga sokongan WiFi, selain membawakan jangka hayat bateri sehingga 12 jam.

Harga Booklet 3G ini masih tidak diketahui dan belum diumumkan secara rasminya lagi. Ianya dijangka akan diumumkan pada acara Nokia World 09 yang bakal diadakan pada 2 September 2009 kelak.


TIPS & ULASAN