Snow Leopard Bakal Di Lepaskan Jumaat Ini

Snow Leopard Bakal Di Lepaskan Jumaat Ini

Diterbitkan pada Ogos 25, 2009 oleh .

Setelah sekian lama ditunggu, Apple hari ini mengesahkan yang mana sistem operasi mereka yang seterusnya, Mac OS X 10.6 akan mula dijual secara rasminya mulai 28 Ogos ini. Mac OS X 10.6 Snow Leopard boleh dimiliki melalui pengedar rasmi Apple atau melalui kedai dalam talian Apple, dan kini anda sudah boleh menempahnya terlebih dahulu.

Anda boleh mengemaskini sistem operasi sedia ada anda kepada Snow Leopard pada harga cuma USD$29 sahaja. Selain daripada sistem operasi Snow Leopard, pada tarikh sama juga, Apple bakal melepaskan sistem server mereka, iaitu Mac OS X Server Snow Leopard, yang mana bakal dijual pada harga cuma USD$499 sahaja. Snow Leopard memerlukan hanya 1GB RAM dan prosessor Intel untuk dijalankan.

Mac OS X 10.6 dijangka bakal membawa pelbagai perubahan baru, termasuk antaramuka yang baru untuk para penggunanya kelak.

Tahun ini, pelbagai pembangun sistem operasi bersaing antara satu sama lain untuk memenangi hati para pengguna mereka. Microsoft bertungkus lumus menyiapkan sistem operasi Windows 7 mereka, sementara Apple dengan Snow Leopard. Selain daripada itu, pelbagai distro Linux juga menerima pelbagai perubahan pada tahun ini.


TIPS & ULASAN