Yahoo! Mail Kini Dengan Lebih Fungsi Sosial

Yahoo! Mail Kini Dengan Lebih Fungsi Sosial

Diterbitkan pada Ogos 25, 2009 oleh .

Selain GMail yang mendapat perhatian para pengguna seluruh dunia, Yahoo! Mail juga merupakan salah satu aplikasi emel web yang digunakan ramai pengguna seluruh dunia. Hari ini, pihak Yahoo! memperkenalkan pelbagai perkara baru, termasuk perkongsian gambar, pengintegrasian aplikasi pihak ketiga, selain memperkenalkan beberapa fungsi sosial ke dalam Yahoo! Mail.

Yahoo! Mail
Antaramuka Halaman Utama Yahoo! Mail Yang Baru

Kini, setelah log masuk ke dalam Yahoo! Mail, anda akan dapat melihat kemaskini semasa rakan-rakan anda dari laman-laman sosial yang lain seperti Yelp, Flickr, Twitter dan banyak lagi. Ini memudahkan anda mengikuti rakan-rakan anda, selain mengetahui aktiviti semasa rakan anda dengan lebih mudah lagi.

Untuk para penggemar gambar dan foto, kini anda boleh memuat-naik gambar dan foto anda kedalam emel yang ingin dihantar dengan amat mudah sekali. Thumbnail imej yang dimuat-naik juga diperlihatkan setelah ianya selesai dimuat-naik ke dalam emel, selain saiz foto yang dipertingkatkan daripada 10MB kepada 25MB.

Selain daripada itu, kini anda boleh mengintegrasikan aplikasi pihak ketiga seperti aplikasi PayPal, Xoopit dan banyak lagi ke dalam Yahoo! Mail melalui Application Box yang diintegrasikan ke dalam emel Yahoo! Mail. Pelbagai aplikasi web baru juga akan ditambah dari masa kesemasa, menjadikan inbox anda lebih interaktif berbanding sebelumnya.

Bersama-sama dengan ini, Yahoo! Mail versi mudah alih juga menerima perubahan antaramuka, membolehkan anda melihat dan menggunakan emel Yahoo! pada bila-bila masa dengan lebih mudah lagi. Fungsi-fungsi baru ini akan diperkenalkan kepada kesemua pengguna secara berperingkat bermula daripada hari ini.


TIPS & ULASAN