Cari @ Amanz

Setelah melalui segala fasa pembangunan sebelum ini, kini pelayar web Opera sudah pun menjejaki fasa terakhir pembangunannya, iaitu fasa Release Candidate (RC). Dengan Opera 10 RC yang dilepaskan semalam ini, ianya memperlihatkan pelayar web Opera ini sudah menghampiri versi penuh dan bakal dilepaskan dalam masa terdekat ini.

Opera
Skrin Pemasangan Opera 10 RC

Salah satu perubahan yang dapat dilihat adalah ikon Opera, yang mana memperlihatkan sedikit perubahan selain boleh didapati dalam variasi saiz yang berlainan, membolehkan anda memperlihatkan ikon Opera yang besar pada Windows 7 dan Vista anda.

Seperti yang diketahui ramai, Opera 10 membawakan pelbagai perkara baru, seperti pengintegrasian dengan Opera Turbo, untuk memudahkan dan mempercepatkan lagi pelayaran web anda, selain fungsi Opera Unite, yang membolehkan anda mengubah komputer anda menjadi pelayan dengan mudah.

Versi penuh Opera 10 dijangka akan dilepaskan pada 1 September. Walaubagaimanapun, anda masih boleh cuba terlebih dahulu perkara baru pada Opera 10 melalui Opera 10 RC yang mana boleh didapati untuk pelbagai sistem operasi, termasuk Windows, Mac dan juga Linux.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd