Seperti sedia maklum, Mac OS X 10.6 yang juga dikenali sebagai Snow Leopard akan dilepaskan pada hari Jumaat ini secara rasminya. Menariknya, hari ini beberapa laporan memperlihatkan yang mana Snow Leopard bakal didatangkan dengan fungsi anti-malware, menjadikan sistem operasi anda selamat dari gangguan malware.
Notifikasi Anti-Malware Pada Mac OS X [via]
Sistem operasi Mac OS X dan Linux adalah kurang dijangkiti oleh virus dan malware jika dibandingkan dengan sistem operasi Windows. Walaubagaimanapun, pihak Apple tetap mengambil langkah berhati-hati dengan mengintegrasikan fungsi antimalware untuk memastikan sistem operasi mereka dan komputer para penggunanya selamat dari sebarang gangguan pihak ketiga.
Ianya masih tidak diketahui bagaimana ianya bakal beroperasi. Daripada paparan antaramuka yang kelihatan di web hari ini, ianya memperlihatkan yang mana sebuah fail yang dimuat-turun melalui Safari diperlihatkan mempunyai malware yang berbahaya untuk komputer.