Cari @ Amanz

Nyah-Aktif Fungsi AutoRun Pada Windows XP dan Vista

Oleh Aman

Link Copied!

Mungkin ramai pengguna Windows sedia maklum, salah satu sebab mengapa sistem operasi mereka dijangkiti virus adalah disebabkan oleh fungsi AutoRun pada Windows. Untuk mengatasinya, Windows 7 kelak akan menyahaktifkan fungsi tersebut, dan menariknya, anda juga kini boleh menyahaktifkannya pada XP dan Vista.

Pada Windows XP dan Windows Vista, AutoRun dipergunakan pada kebanyakkan peralatan storan, termasuk CD, DVD dan USB thumb drive. Kebiasaannya, fail AutoRun.inf yang disertakan didalamnya akan menjalankan aplikasi lain secara automatik, sekaligus mendedahkan komputer anda kepada virus dengan mudahnya.

Melalui kemaskini yang disediakan oleh Microsoft untuk Windows XP dan Windows Vista, anda boleh menyahaktifkan fungsi AutoRun.inf, sekaligus menidakkan sebarang pemasangan aplikasi secara automatik. Sekiranya, anda perlu memasang sesuatu aplikasi (seperti penggunaan modem USB dan sebagainya), anda perlu lakukannya secara manual.

Anda boleh memuat-turun kemaskini AutoRun ini untuk Windows XP dan Vista daripada laman rasmi Microsoft.


Komen ()