Sebelum ini, setiap kali anda ingin menghantar emel melalui GMail, anda terpaksa taip secara manual pada ruangan emel penerima, dan anda akan diperlihatkan dengan senarai emel cadangan. Kini, Google mempermudahkan kerja anda dengan memperkenalkan fungsi untuk memilih alamat emel penerima dengan lebih mudah.
Melalui fungsi yang baru ini, anda hanya perlu klik pada pautan To: pada ruangan menghantar emel, dan seterusnya sebuah tetingkap kecil akan dibuka dengan memperlihatkan senarai alamat emel yang berada dalam buku alamat anda. Seterusnya, anda dengan mudah boleh memilih alamat emel penerima, dan ianya akan disertakan dalam ruangan alamat emel penerima di GMail.
Memilih Alamat Emel Penerima Kini Lebih Mudah
Walaubagaimanapun, sekiranya anda ingin menghantar emel kepada seseorang yang anda berhubung selalu melalui emel, anda dinasihatkan menggunakan fungsi auto-complete, yang mana lebih pantas daripada fungsi Contact Chooser yang baru diperkenalkan Google ini.