Sebelum ini, saya sering mengemaskini Twitter dengan menghantar SMS ke nombor antarabangsa Twitter, yang mana menelan belanja sebanyak RM0.20, tetapi kini saya sudah dapat menjimatkan kos dengan adanya gladlyCast. Sama seperti SMS2Twit yang diperkenalkan tidak lama dahulu, gladlyCast turut sama menyediakan nombor tempatan untuk mengemaskini status Twitter melalui SMS.
gladlyCast menggunakan nombor Maxis, manakala SMS2Twit yang diperkenalkan tidak lama dahulu menggunakan nombor DiGi. Lebih menarik lagi, gladlyCast mengintegrasikannya bersama dengan API Twitter, sekaligus meyakinkan para pengguna, kerana tidak perlu berkongsi kata laluan seperti pada SMS2Twit.
Kaedah pengaktifan menggunakan gladlyCast juga amat mudah sekali, iaitu dengan hanya menghantar satu mesej ringkas sahaja, dan akaun anda akan dikaitkan dengan nombor telefon bimbit anda dengan serta-merta. Jadi, sekarang anda tidak perlu menggunakan telefon bimbit canggih untuk mengemaskini status Twitter anda. Dengan serendah 1 sen, kini anda boleh mengemaskini status pada Twitter. Menarik bukan?