Seperti apa yang berlaku pada sistem operasi Windows 7, kini Office 2010 juga menerima nasib yang sama. Versi pembangunan terkini Office 2010 kini terlepas ke beberapa laman torrent, membolehkan para pengguna memuat-turun dan mencubanya terlebih dahulu.
Microsoft Office 2010 Word Beta
Aplikasi pejabat Office 2010 yang mula tersebar di laman-laman torrent buat masa sekarang ini adalah versi pembangunan Build 4417, yang mana dilabelkan sebagai versi Beta, dan boleh didapati dalam dua variasi iaitu 64-bit dan juga 32-bit. Sebelum ini, pada bulan Julai, Microsoft telah membolehkan beberapa orang terpilih mencuba Office 2010 melalui Technical Preview, dan selepas itu, tiada sebarang berita kedengaran mengenainya selepas itu.
Buat masa ini, masih tiada sebarang berita rasmi daripada pihak Microsoft berkaitan dengan Office 2010 yang dilabelkan sebagai Beta ini. Ianya dikatakan, Office 2010 bakal menemui para pengguna pada pertengahan tahun hadapan.