Cari @ Amanz

Umum sedia maklum yang mana Opera 10 telah pun dilepaskan secara rasmi pada minggu lepas. Kini, pihak pembangun Opera telah melepaskan versi terbaru pelayar web mereka, iaitu Opera 10.10 yang mana didatangkan bersama-sama dengan Opera Unite.

Walaubagaimanapun, Opera 10.10 merupakan pelayar web versi pembangunan yang didatangkan bersama-sama dengan Opera Unite. Ianya masih lagi belum dianggap stabil, dan masih terdapat perkara yang perlu diperbaiki lagi. Bagi yang masih tidak mengenali Opera Unite, ianya merupakan salah satu usaha dari pihak Opera untuk mengubah pelayar web menjadi pelayan versi mini, membolehkan anda berkongsi fail, bersembang dan membuat pelbagai perkara lain, tanpa perlu bergantung kepada perisian atau pelayan pihak ketiga. Anda boleh melakukan semuanya dengan mudah secara terus daripada pelayar web Opera anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd