Cari @ Amanz

Nampaknya dunia tema premium tempatan akan berkembang dengan pesatnya menjelang hujung tahun ini. Belum pun lagi KreativeThemes dilancarkan secara rasmi, kini pembangun laman Negaraku telah mengumumkan projek terbaru mereka, iaitu Lite Theme.

LiteTheme
Logo LiteTheme yang Di Katakan Menyerupai Logo CodeIgniter

Seperti apa yang dicadangkan oleh namanya, LiteTheme dijangka akan membawakan tema-tema premium yang menarik dan ringan, selain bakal dibangunkan untuk tiga CMS terkemuka iaitu WordPress, Joomla dan juga Drupal. Senarai perekabentuk yang terlibat sama masih tidak diketahui lagi. Buat masa ini, yang disahkan akan terlibat sama dalam projek ini adalah @NoktahHitam, dan juga @AbdusFauzi. Tarikh pelancaran rasminya juga masih belum diketahui lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd