Automattic Membeli ATD : Fungsi Semakan Ejaan

Automattic Membeli ATD : Fungsi Semakan Ejaan

Diterbitkan pada Sep 9, 2009 oleh .

Dalam usaha memperkasakan perkhidmatan hos blog percuma, hari ini WordPress mengumumkan pemilikan After the Deadline, iaitu salah satu aplikasi untuk menyemak ejaan. Walaupun pelayar web kini didatangkan dengan fungsi menyemak ejaan, After the Deadline menyediakan fungsi dan kepenggunaan yang lebih baik daripadanya.

Bagi para pengguna WordPress.com, ianya sudah sedia terpasang pada blog anda, dan bagi para pengguna WordPress CMS pada hosting sendiri, anda boleh menggunakan khidmat After the Deadline dengan pemasangan plugin khas untuknya. Untuk mula menggunakannya, anda hana perlukan API khas sama seperti sekiranya anda ingin menggunakan plugin lain dari Automattic seperti Akismet dan WP.com Stats.


TIPS & ULASAN