Pembangunan Silverlight 4 Sudah Di Mulakan?

Pembangunan Silverlight 4 Sudah Di Mulakan?

Diterbitkan pada Sep 9, 2009 oleh .

Silverlight yang dibangunkan oleh Microsoft nampaknya berkembang dengan pesat sekali. Baru sahaja Silverlight 3.0 dilepaskan, kini mereka sudah pun mulakan pembangunan Silverlight 4.0. Ianya masih tidak diketahui Silverlight 4.0 akan dilepaskan bila, tetapi Microsoft akan mengadakan suatu acara khas pada hujung minggu ini yang dikaitkan dengan Silverlight.

Silverlight
Streaming Lebih Mudah Dengan Silverlight [via]

Salah satu perkara baru yang bakal diperkenalkan dalam Silverlight 4 kelak adalah kebolehan sokongan teknologi pengurusan digital PlayReady secara offline. Fungsi ini sekaligus membolehkan studio perfileman menambah beberapa fungsi pada disk DVD dan Blu-ray yang diedarkan secara digital. Selain itu, Microsoft menetapkan sasaran penggunaan Silverlight pada separuh daripada komputer yang disambungkan pada internet menjelang pelepasan Silverlight 4 kelak.

Buat masa ini, Adobe Flash memegang pasaran dengan hampir kesemua komputer dipasang dengan aplikasi Flash daripada Adobe. Perkara ini juga dijadikan kenyataan dengan kemunculan YouTube yang menggunapakai teknologi Flash. Namun begitu, kini dengan fungsi HTML5, anda boleh berkongsi video bersama yang lain melalui internet tanpa memerlukan aplikasi pihak ketiga seperti Flash dan Silverlight.


TIPS & ULASAN