LiteTheme Bakal Menyokong CSS3

LiteTheme Bakal Menyokong CSS3

Diterbitkan pada Sep 10, 2009 oleh .

Mungkin ramai yang mengikuti berita berkenaan LiteTheme, iaitu salah satu projek yang dibangunkan oleh pembangun laman Negaraku dan Laman7, Eddie atau yang lebih dikenali sebagai NoktahHitam. Salah satu fungsi menarik yang bakal disokong oleh LiteTheme adalah CSS3.

CSS3 adalah salah satu projek yang sedang dibangunkan oleh W3C, yang mana membawakan beberapa pembaharuan dan fungsi baru dalam bidang rekabentuk web. Walaupun ianya masih belum diperkenalkan sepenuhnya, ianya suatu perkara yang mengembirakan apabila LiteTheme telah menyatakan sokongan kepada CSS3.

Selain daripada itu, LiteTheme juga akan dibangunkan dengan asas jQuery, selain setiap tema premium daripada mereka akan dikekalkan dibawah 100kb, sekaligus mempercepatkan masa untuk membuka sesuatu laman web yang menggunakan tema mereka. Fungsi tambahan seperti TimbThumb.php dan halaman Option khas juga akan diperkenalkan, sama seperti pada tema-tema berbayar yang lain.

Ianya masih belum diketahui bilakah ianya akan dilancarkan secara rasmi. Buat masa ini, pembangunnya sedang giat membangunkan tema untuk laman tersebut, selain dalam perbincangan bersama-sama dengan pembangun tema yang lain untuk turut serta bersama mereka. Anda boleh mengikuti perkembangan semasa LiteTheme melalui akaun Twitter mereka.

Pada masa yang sama, KreativeThemes, satu lagi projek tema berbayar dari warga tempatan dijangka akan dilancarkan sebelum Hari Raya AidilFitri, dan berkemungkinan besar, ianya mungkin dilancarkan pada minggu ini. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut KreativeThemes dan LiteTheme.


TIPS & ULASAN