Kotak Carian Di Google Kini Lebih Besar

Kotak Carian Di Google Kini Lebih Besar

Diterbitkan pada Sep 10, 2009 oleh .

Fokus utama Google dari dulu lagi adalah enjin cariannya. Ini dapat dilihat pada halaman utama mereka, yang mana hanya memaparkan kotak carian sahaja selain beberapa pautan yang berkaitan dengan produk Google. Menariknya, hari ini Google memperkenalkan kotak carian yang lebih besar daripada sebelumnya kepada semua pengguna.

Google Search
Kotak Carian Google Dulu Dan Kini [via]

Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa pengguna yang masih melihat kotak carian lama, dan ada juga sudah dapat melihat kotak carian yang baru, yang mana lebih besar dan menyediakan lebih ruangan untuk ditaip. Kotak carian baru memaparkan teks dengan lebih besar berbanding sebelumnya, selain memaparkan kata kunci carian yang berkaitan dengan saiz lebih besar. Ini sekaligus memperkukuhkan imej Google sebagai penyedia enjin carian terkemuka dunia.


TIPS & ULASAN